Sulit
3 tahun
Mengatasi bau hidung dan kahak
Bagaimana mengatasi bau kahak yang hijau dan bau busuk di hidung
3 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan pada jaringan sinus iaitu rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah.
Sinus memiliki lapisan membran mukosa yang menghasilkan lendir yang berfungsi untuk menjaga saluran hidung agar tetap lembab. Seperti anda telah menyatakan, anda mengalami sinusitis yang teruk.
Saya akan memberikan beberapa cara untuk mengubati sinusitis anda dan mengurangkan bau mulut anda.
- Pertama, anda boleh menghirup wap air panas untuk melegakan sinusitis anda.
- Kedua, anda boleh membersihkan saluran hidung dengan air garam. Ini akan melegakan saluran pernafasan anda dan juga mengurangkan bau mulut anda.
- Ketiga, anda boleh mengompres bahagian hidung dan sekitar hidung anda dengan air panas. Letakkan tuala panas atas hidung anda dan ini dapat meringankan gejala sinusitis.
Selain rawatan tersebut, anda boleh mengambil ubat dekongestan untuk mengurangkan pembengkakan, membantu mengurangkan sumbatan pada sinus dan mengurangkan bau mulut anda.