
knisa9282
5 tahun
Mengenai masalah lutut
Selamat pagi, saya nisa dari sungai buloh. Saya ingin bertanya mengenai masalah lutut. Mengapa lutut saya akan terasa ngilu masa hari hujan samaada kiri atau kanan. Selepas hujan lutut saya yang terasa ngilu itu kembali okey. Bukan sahaja waktu hujan bahkan semasa malam yang sejuk pun akan terasa ngilu. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keteraangan yang anda berikan,masalah lutut yang anda alami ini memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan jika perlu. Hal ini kerana gejala yang anda berikan tidak seberapa jelas akan puncanya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.