
Sulit
3 tahun
Mengenai pill postinor
saya dan suami baru melakukan sex,tetapi dia pancut di luar dan tidak memakai kondom,oleh itu dalam masa 12 jam selepas berhubungan saya mengambil tablet pertama postinor dan selepas 12 jam saya mengambil tablet kedua. akan tetapi seleps 7 hari saya tak dtg haid lagi. adakah kemungkinan saya hamil? ini baru pertama kali saya menganbil pill postinor. saya rasa amat takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika anda baru pertama kali mengambil pil postinor, pil tersebut dapat menyebabkan kesan sampingan iaitu haid menjadi tidak teratur. Oleh itu, sesetengah wanita akan mengalami gangguan haid untuk beberapa ketika.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan