Sulit
2 tahun
Mengetahui Penyakit Leukemia (Kanser Darah) Dari Mata
Adakah leukemia boleh tengok dari mata? sebab tahun lepas sebelum pkp, saya ada demam yang lama. lepastu doktor ada kata, darah saya bermasalah. lepastu sepatutnya saya kena ambil darah selepas 1 bulan. tapi saya tak hadir kerana pkp. lepas setahun kemudian (baru baruni) saya datang ke hospital untuk check rabun warna. semasa check doktor kata saya suspek leukemia. Agak- agak berapa peratus saya memang ada leukemia. sebab saya tertanya tanya
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk mendapatkan kepastian tahap leukemia, ujian darah perlu dilakukan. Tanpa pemeriksaan yang teliti sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.