Sulit

2 tahun

Menghidap MDD, selain itu bercakap seorang diri, sakit dada dan masalah lupa

Saya wanita berumur 27 tahun. Saya telah disahkan menghidapi MDD sejak tahun lalu dan masih lagi menjalani rawatan ubat. Mungkin kes saya tak perlu lagi untuk jumpa doktor. Lebih2 lagi sejak kes covid meningkat mendadak beberapa bulan lalu. Selain itu, saya suka bercakap seorang diri seperti sedang bersembang dengan seseorang. Saya tanya saya jawab. Saya boleh bercakap berjam2 lamanya kalau sedang keseorangan sampai saya tak ingat pun apa yang saya bebelkan sebenarnya. Saya bukan bercakap dengan cermin. Tak tahu macam mana nak terangkan. Soalan timbul dalam minda tapi mulut saya menjawab soalan tersebut. Saya kerap sakit dada. Rasa macam tiba-tiba sakit yang mencucuk yang macam senak tu. Kadang2 sampai nak bernafas pun susah. Tapi tak lama. Hanya sekejap. Cuma kebelakangan ni agak kerap. Ada juga pernah sekali, saya cuma tukar posisi tidur dari baring ke mengiring. Tapi tak tahu lah tersalah pusing ke apa dia macam cramp dekat bahagian dada tu. Rasa senak sangat sampai saya menangis sakit. 15 min macam tu baru reda. Saya tak ingat apa yang saya buat untuk reda kan sakit. Masalah lupa pun ya juga. Memang kerap lupa. Contoh saya lupa saya letak kunci kereta di mana. Masatu naik kereta kawan. Saya ingat saya tertinggal kunci tu dalam kereta kawan siap ada flashback dalam kepala sekali dengan lokasi kunci tu dalam kereta kawan. Puas kawan tu cari tak jumpa. Saya betul2 yakin masa tu. Tapi setelah trace apa saya buat sebelum tu rupanya tertinggal di rumah. Tapi gambaran yang saya tertinggal kunci dalam kereta kawan tu rasa sangat real sebab tu saya yakin. Perkara ini kerap berlaku. Ada juga kes yang kadang2 saya dengar dari orang sekeliling, saya buat sesuatu perkara atau cakap sesuatu perkara tapi perkara tersebut tiada dalam ingatan saya. Saya berkeras kata tidak tapi orang akan kata “aku nampak sendiri kau yang buat.” Atau “kau yang cakap, aku dengar sendiri kau yang cakap.” Sudahnya saya mengaku je. Ye kot aku yang lupa kot. Apa yang saya lupa tu memang takkan ingat dah selalunya. Kadang2 je ingat kalau saya cuba recall betul2. Tapi mostly tak ingat walaupun dah cuba recall. Semua ni normal ke?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.

Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami anda telah mendapat diagnosis MDD (Major Depressive Disorder) dan sedang menjalani rawatan. Kini anda mengalami simptom-simptom seperti sakit dada, susah bernafas, mudah terlupa, dan bercakap seorang diri. Kami akan cuba membantu anda.

Sememangnya masalah psikiatri seperti MDD adalah sesuatu perkara yang rumit dari segi diagnosis dan rawatan. Temujanji atau ‘follow-up’ bersama doktor adalah sangat penting untuk memastikan rawatan untuk masalah anda adalah efektif di samping menilai tahap keterukan masalah emosi anda. Oleh itu, anda harus patuh kepada temujanji doktor anda. Simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah MDD yang tidak terkawal ataupun masalah lain yang kerap dikaitkan dengan MDD seperti ‘mood disorder’. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor psikiatri supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dan sulit bersama doktor pakar psikiatri kami secara atas talian.

Anda boleh menghubungi talian di bawah untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

MyCareCov19

  • For emotional support
  • Government established
  • Email: [email protected]
  • Language; Malay
  • Hotline: 03-8870 519/7527/7528

BEFRIENDERS

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.

matheus-ferrero-yfmjALh1S6s-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)