
Sulit
3 tahun
Menstruasi yang tidak seperti biasa. Period tidak teratur dan masalah senggugut yang teruk. Lebih kerap datang period daripada yg sepatut nya
Saya berumur 20an. Saya memang kadang period tepat waktu, kadang lebih awal 3hr/seminggu, kadang lewat 3hr/seminggu. sejak bulan 2 period saya tidak teratur. Dan saya memang mempunyai masalah senggugut yg teruk sehingga terjejas aktiviti seharian saya. Saya period pada 11/2-17/2 kemudian saya period lagi pada 23/2-4/3. Dan pada 12/3 saya ada keluar darah menstruasi lagi tapi sedikit dan mengalami senggugut biasa. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, haid anda tidak teratur. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Pengaruh perancang kehamilan
Gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat semasa haid.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis ) yang menyebabkan senggugut yang teruk
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!