Sulit
3 tahun
Mental health adakah saya mengalami depresi atau masalah mental lain
hi, saya perempuan yg berusia 21 tahun. Saya mengalami ketidakstabilan emosi sejak daripada kecil. Keluarga saya agak bermasalah. saya tinggal bersama nenek saya dan saya dibesarkan tanpa kasih sayang orang tua saya. saya akan menjerit dan meninggikan suara setiap kali bergaduh dengan keluarga dan kadang2 merosakkan barang. Setelah mencapai usia sedikit dewasa, saya hanya akan bergaduh mulut sahaja. tetapi sejak akhir2 ini hidup saya agak tertekan dan saya tidak dapat mengawal marah dan akhirnya meninggikan suara dan merosakkan barang( melempar barang tersebut).
saya berasa sangat tertekan dengan perilaku saya yg sedemikian kerana dengan orang luar saya baik sahaja.Kadang2 saya berasa sedih dan murung sepanjang hari dan mengambil keputusan untuk tidur. Saya juga tiada selera makan hingga mengalami gastrik teruk. Saya juga merasa sunyi dan asing setiap kali berada bersama kawan kawan yg menambahkan lagi rasa tertekan saya. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Saya harap dr dapat menjawab persoalan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan penjelasan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai keadaan anda.
Sebaiknya, anda merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor di klinik/hospital berhampiran. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiatri jika perlu. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda bagi mengatasi masalah ini demi kebaikan diri anda.
Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sebelum keadaan anda semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.