Sulit

3 tahun

Mental illness, episode berulang

Saya wanita bujang berusia 24 tahun, baru bekerja sebagai kerani dan merupakan seorang yang super Introvert.

Sejak 2 minggu yang lalu saya mula menjauhkan diri daripada ofismate tanpa saya sendiri tahu puncanya. Saya cuma mahu menyendiri. Saya semakin kurang bercakap. Tidur terganggu,terjaga lewat malam kemudian sukar untuk tidur semula. Badan sering merasa letih. Sukar dihubungi.

Berdasarkan pembacaan mengenai mental illness, saya dapat simpulkan bahawa saya sudah mengalami masalah depression semenjak kecil tapi saya tidak sedar sehinggalah saat ini apabila banyak post berkenaan kesedaran penyakit mental oleh kementerian kesihatan di laman facebook.

Saya beranggapan ketika ini merupakan episode depression berulang yang saya sendiri tak pasti entah kali keberapa.

Saya berperang dengan keegoan untuk berjumpa dengan ahli psikiatri kerana saya sukar mempercayai orang lain, tetapi dalam masa yang sama saya perlukan orang untuk bercakap.

Berdasarkan ujian mental online yang tular di media, saya dapati depression, anxiety & stress saya berada pada tahap merah.

Ini kali pertama saya bercakap berkenaan saya punya masalah mental. Dan saya masih berperang dengan diri sendiri untuk post kenyataan ini.

Kerana pada saya, emosi itu satu kelemahan dan tidak sepatutnya ditunjukkan ke khalayak.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.

Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda tiada apa yang perlu dimalukan tentang kemurungan. Anda sudah cukup berani untuk mencari pertolongan walaupun dari segi bertanyakan online begini. Meluahkan emosi bukanlah satu kelemahan dan menyimpan emosi bukanlah tanda kekuatan. Kadang-kala menyimpan emosi lama-lama boleh merosakkan kita dari dalaman. Jadi saya sarankan untuk anda cuba tips-tips ini jika anda mempunyai episode depressi yang berulang.

  • kenal pasti punca depressi dan cuba elakkan diri daripada punca
  • kelilingi diri dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang memberikan sokongan
  • elakkan daripada menyendiri
  • lakukan senaman untuk mengisi minda daripada terlalu banyak berfikir
  • mencari hobi yang yang boleh mengalihkan perhatian
  • elakkan diri daripada mendengar lagu atau menonton cerita yang sedih yang boleh membuatkan anda murung
  • mendapatkan bantuan psikiatri
  • menghubungi talian “emotional support” yang sentiasa sedia untuk terima panggilan 24 jam

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Saya ingin nasihatkan anda untuk sentiasa bersemangat, mulakan langkah pertama dengan menyayangi diri anda. Saya memahami keadaan anda sebagai seorang introvert tetapi cari sistem sokongan yang sedia membantu anda. Kemurungan adalah masalah yang serius dan anda berhak untuk mendapatkan sokongan emosi. Jika anda mengalami episod gangguan emosi sehingga boleh terdapat kecenderungan untuk mencederakan diri ataupun orang sekeliling, anda anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 atau melayari laman web ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Malaysia telah menjadi negara yang maju dan memahami bahawa masalah ini bukan gurauan. Laman web itu akan bersedia menjawab panggilan anda 24 jam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

brain-damage-from-drugs

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)