
Sulit
5 tahun
Merancang kehamilan bagi keluarga
Saya dan isteri ada melakukan oral seks dan saya telah memancutkan air mani di badan isteri saya. Dan isteri saya membasuh kesan air mani di badannya. Saya nak tanya, adakah air mani yang dibasuh akan melekat difaraj dan masuk ke dalam faraj dan akan menyebabkan isteri sy mengandung? Walaubagaimanapun, saya tidak memasukkanzakar saya ke dalam faraj atau melakukan sebarang penggeseran di dinding faraj.
Saya dan isteri masih dlm merancang berkenaan soal anak kerana baru berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda,jika zakar tidak dimasukkan, kebarangkalian untuk hamil adalah amat rendah.
Namun, jika dimasukkan, dan air mazi terhasil, Kami tidak boleh tahu dengan 100% bahawa tiada sisa sperma yang termasuk ke dalam vagina dan menyebabkan fusi sperma dengan ovari sekiranya isteri anda berada dalam keadaan subur. Oleh itu, anda adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda ingin mengelakkan kehamilan dengan menggunakan perancangan keluarga.
Sila jalankan urine pregnancy test untuk mendapatkan pengesahan sekiranya anda risau tentang isu ini. Sekiranya anda ingin dapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini, saya sarankan anda untuk berhubung dengan pihak kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.