Sulit
3 tahun
Merancang kehamilan dengan mengunakan kondom
Saya merancang kehamilan dengan mengunakan kondom,jadi boleh ke saya hamil dengan keadah perancangan sebegitu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, penggunaan kondom memang merupakan salah satu kaedah perancang untuk mencegah kehamilan. Sekiranya penggunaannya yang tepat, ia dapat menghalang anda untuk hamil. Terdapat beberapa kaedah lain untuk merancang kehamilan, antaranya ialah:
- Pil makan yang diambil 21 hari/28 hari
- suntikan perancang setiap 3 bulan
- alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun.
- pil perancang kecemasan- pil perancang kecemasan tidak boleh diambil dengan kerap kerana ia boleh mengganggu kitaran haid anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih