Sulit
3 tahun
Merasa sakit di tengah payudara dan bawah ketiak
saya wanita berusia 24 tahun. saya masih belum berkahwin. sejak2 akhir ini saya merasa sakit di bahagian kiri payudara saya…ianya sakit di tengah payudara kiri dan di bawah ketiak…ianya juga sakit apabila saya mengangkat tangn kiri saya ke atas.ianya sgt merisaukan saya wlupun tidak pernah ada sesiapa dlm keluarga saya yg pernah mengalami knser payudara
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit & Pembengkakan payudara boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.