Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Salam sejahtera… Saya wanita berumur 27 tahun… Saya mempunyai penyakit kencing manis & darah tinggi… Sejak kebelakangan nie saya selalu merasa meremang dibahagian tubuh sebelah kanan shj… Dari bahu ke pinggang… Adakah ia sebahagian simptom dri pnyakit saya skrg atau effect ubat yang saya makan? Ubat yg saya mkn metformin &insulin ( kencing manis),amlodipine 10mg (darah tinggi)
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Secara umumnya simptom meremang pada sebelah kanan tubuh boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti:
mahupun masalah seperti:
Tidak ada kesinambungan diantara keluhan tersebut dengan pengubatan metformin, insulin dan amlodipine secara khusus. Malah, gejala dan risiko yang lebih berat boleh berlaku sekiranya anda menghentikan pengubatan yang telah diberikan. Namun yang demikian saya mencadangkan agar anda memakan ubat sesuai dos dan jadual yang telah direkomendasikan oleh doktor.
Utamakan kesihatan diri anda mahupun seisi keluarga, hindari kencing manis dari awal !
Khusus bagi penggunaan insulin, sila mendapatkan informasi dan penggunaan yang tepat sekiranya anda masih belum mahir dengan penggunaannya. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan secara atas talian dengan klik di link ( DoctorOnCall ) bagi mendapatkan bantuan yang lebih lanjut.