
mutiaraku530
5 tahun
Minum air hirisan lemon
Doctor, anak saya baru berumur 2 tahun setengah dan dia sangat suka minum air masam terutama jus oren. Soalan saya, selain jus oren bolehkah saya beri anak saya air putih dengan hirisan lemon? Kuantiti air adalah anggaran 350ml bersamaan 1 hirisan lemon.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, adalah dibolehkan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas minum minuman selain susu ibu. Walaubagaimanapun, anda perlu memastikan kebersihan air dengan menggunakan air yang sudah dimasak terlebih dahulu. Selain itu, anda perlu memastikan buah atau perisa air yang digunakan adalah bersih. Perkara ini boleh dilakukan dengan membasuh buah-buahan tersebut terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tujuan minum atau makan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.