
Sulit
4 tahun
Minum ural untuk clear urine ganja
Kalau minum ural 4 kali setiap hari, berapa hari untuk clear urine ganja untuk pengguna aktif? 100 hari tanpa apa apa usaha kan? Kalau minum ural hari hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Penghisap ganja akan mempunyai kesan ganja dalam air kencing mereka selama 2 minggu dan kesan ganja ini tetap ada dalam darah walaupun penghisap ganja tidak menghisapnya untuk beberapa minggu.
Untuk penghisap ganja yang tidak aktif, kesan ganja boleh dikesan dalam air kencing dalam masa seminggu atau lebih dan ujian darah pula boleh mengesan level THC dalam badan selama 24 jam.
Tetapi jika anda seorang penghisap ganja yang aktif, ujian air kencing anda akan menunjukkan anda positif ganja selama lebih 100 hari selepas kali terakhir anda menghisap ganja dan ujian darah pula selama seminggu.
Untuk menjawab soalan anda, tiada kajian yang pernah dibuat mengenai meminum produk atau ubat yang dikatakan oleh anda dapat mempengaruhi tempoh ganja berada di dalam badan. Kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang tepat mengenai pertanyaan anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.