
Anonymous
5 tahun
Mndapat Slip disk L4/L5 pd mei 2018
Saya wanita berumur 42 tahun.saya telah mndpt slip disk pd mei 2018.saya telah mnjalani pembedahan utk mmbuang tulang yg trkeluar & memsukkn implan pd 2 julai 2018.2 mggu slepas mnjalani pmbedahan saya dmsukkn semula ke wad sbb trdpt jgkitan pd luka pmbedahan kerana saya juga pghidap diabetes selama 18 tahun & mengambil insuin 4 kali sehari.saya berada selama 2 bln di wad & mnjalani lg 3 pembedahan dtmpt yg sama.pd pertengahan bln mac 2019 saya mengalami sakit yg berulang pd bhgian blkg pinggang (di kwsan yg sama slip disk).saya telah merujuk pd doktor ortopedik di mana ssya msih mndptkn rawatan susulan.doktor telah mengarahkn saya mmbuat xray & keputusan menunjukkn bahawa implan msih kekal dtmptnya.doktor mmbekalkn saya ubat tahan sakit (tramadol) & ubat saraf (mecobalamin)masalahnya sakit saya mkin brtambah teruk &tidak berkurang wlaupun saya mkn ubat tahan sakit.saya trpaksa bjln mggnakan tongkat & tidak boleh brdri atau bjln lama walaupun selama 10 minit.saya hanya boleh brbaring sahaja.sakit saya dari pinggang smpai ke hujung kaki.saya prnah pegi ke hospital bhgian kecemasan tetapi doktor cuma memsukkn ubat tahan sakit melalui drip & membekalkn ubat tahan sakit utk dibawa blik.apa yg perlu saya lakukn skrg sbb dh 2 bln lbih saya tggung kesakitan ini.follow up saya dgn pakar orto pd bln julai nnti.lama lg masanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Selain daripada slip disk yang anda aytakan tadi terdapat banyak punca yang bloeh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.