
Sulit
4 tahun
Molar pregnancy atau kandungan anggur sakit perut
selepas saya keguguran anggur saya punya peranakkan atau apa saya tak pasti macam sakit dan seperti macam nak mengeluarkan najis yg keras, padahal tidak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda mempercayai kami bertanyakan soalan yang berunsur peribadi dan sensitif. Kami akan sedaya upaya menjawab soalan anda dengan fakta yang tepat dan sahih.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami anda bimbang dengan peranakan jatuh
Berikut merupakan simptom-simptom jatuh peranakan, yang boleh disebabkan oleh kerap meneran serta mengangkat berat iaitu:
- Kelihatan seperti bonjolan pada lubang faraj
- Terasa seperti kepenuhan dan ketidakselesaan pada ruangan pelvis
- Tekanan pelvis yang menjadi lebih teruk ketika berdiri atau batuk
- Masalah pembuangan air kecil ( incontinence )
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.