Sulit
3 tahun
Mslh tyroid dn gejalanya
Sy wnita 21 thun yg mnderita tyroid selama 6 buln…sya ditest darah dn kputusannya normal…tapi sy mc merasainya gejalanya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun maklumat yang diberikan tidak mencukupi kerana tiroid terdapat dua jenis iaitu hipertiroid dan hipotiroid. Antara gejala hipertiroid adalah:
- Kitaran haid tidak menentu
- Tangan menggeletar
- Jantung berdebar
- Ritma jantung tidak menentu
- Cirit-birit
- Sukar untuk fokus
Sekiranya gejala yang anda hadapi menggangu kualiti hidup serta anda ingin memastikan sekiranya ia masalah hipertiroid atau tidak, maka anda harus dapatkan pemeriksaan yang menyeluruh.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.