
Anonymous
5 tahun
Mual-mual, period tidak teratur
Saya wanita yang berumur dalam 20-an, belum berkawin lagi. Baru-baru ni saya mengalami masalah mual-mual tapi tak muntah, dan sering sendawa. So, saya ingatkan perkara biasa saja, sebab mungkin effect dari makan durian sebelum ni, angin laa katakan. Sampai saya minum air halia untuk buang angin dalam badan. Tapi saya hairan benda ni belarutan 3 4 hari sampai nak dekat seminggu, perut pula asyik tak sedap je, makan minum buang air kecil dan besar macam biasa saja, tak ada kerap masuk tandas. Saya juga mengalami rasa ngilu di bahagian bawah perut sebelah kiri dan kanan, serta kitaran haid yang tidak teratur. Tempoh haid saya keluar 3 hari sahaja daripada seminggu. Setiap kali period memang ada sakit senggugut dan sakit belakang pinggang yang teramat sakit sangat. Dulu saya ada juga pergi jumpa doctor, tapi doctor tu kata badan saya banyak angin, dan kurang darah, then doctor tu bagi saya pil tambah darah dan pecah darah, serta ubat buang angin. Tapi masih lagi tak normal haid saya, lama kelamaan saya jadi rasa takut sebab takut apa-apa jadi dekat rahim saya. Saya memang mengaku yang saya sering tidur lambat dan tidur yang tak cukup, sebab saya seorang freelance yang siang malam berkerja tak cukup rehat. So saya nak tanya doctor apa penyakit saya sebenarnya? dan adakah saya mengalami penyakit yang serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.