
Sulit
4 tahun
MUKA BERJERAWAT taktahu kenapa dan saya lelaki perlukan bantuan doktor untuk menentukan pencuci muka
muka saya keluar jerawat banyak kenapa ya?pencuci muka saya kadang ii gatal ii pada muka dan rasa tegang…saya menggunakan garnier men acno fight scrub in foam

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- dan lain-lain
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.