
Sulit
3 tahun
Muka masih berjerawat walaupun sudah mengambil ubat antibiotik selama 3 bulan
Hai doktor, muka saya start berjerawat pada awal pkp tahun lepas waktu tu umur saya 15 tahun dan sekarang saya umur 16 tahun. Doktor yang saya jumpa kata hormon saya tidak stabil akibat selalu tidur lambat. Saya sudah makan ubat antibiotik yg telah diberi oleh doktor selama 3 bulan, selama saya makan ubat itu muka saya dh okay tpi masih tidak memuaskan. Selepas habis makan ubat selama 3 bulan muka saya naik jerawat dan dahi saya naik biji biji tapi tak teruk kadang kadang naik kadang kadang tak naik, sebelum ni dahi saya licin dan tiada biji biji. Sekrg saya masih guna cleanser dan ubat jerawat yang diberikan oleh doktor. Jadi saya takut muka saya makin teruk, apa yang perlu saya buat? Dan wajib ke muka berjerawat pakai sunscreen?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jerawat adalah antara masalah yang sering dialami oleh remaja. Hal ini kerana pencelaruan hormon dalam badan. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbangkan kepada masalah jerawat. Antaranya :
- Stres
- Kekurangan tidur
- Penjagaan kebersihan diri yang tidak mencukupi
- Diet yang mempunyai kandungan gula tinggi
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Genetik
Sunscreen digunakan sebagai pelindung cahaya UV daripada matahari yang boleh menyebabkan hyperpigmentasi, dan penuaan kulit. Anda boleh merujuk kepada doktor pakar kulit untuk mendapat rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.
Anda juga boleh menghubungi pakar kulit kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Kami berharap jawapan ini boleh membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar kulit.