Sulit

3 tahun

Muka Naik biji kecil warna putih

Hello doktor baru² ini muka saya Naik biji halus seperti bonjolan kecil ala² jerawat pasir tapi saya sudah guna products hilangkan jerawat pasir ianya tak berkenaan lagipon sayatak Ada masalah kesihatan lain.Apakah product yg patut saya guna utk hilangkan biji kecil ini???

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan jerawat. Antara faktor risiko yang paling memberi kesan pada kulit anda adalah:

  • Perubahan hormon terutamanya, semasa baligh dan semasa mengandung .
  • Terdapat juga ubat-ubatan yang dapat menyebabkan masalah ini seperti pil perancang dan kortikosteroid .
  • Kajian juga menunjukkan tabiat pemakanan yang tinggi dalam gula halus (‘refined’ sugar) atau karbohidrat seperti roti putih dan makanan ringan.
  • Jika anda mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai masalah jerawat, keberangkalian anda juga untuk menghadapi isu yang sama adalah amat besar. Kebanyakan kali, faktor-faktor ini wujud bersama dalam seseorang.

Dari penerangan di atas, terdapat faktor yang tetap dan sukar untuk dimanipulasi dan ada yang boleh diubah seperti diet.

Seterusnya, untuk menangani masalah jerawat, menghentikan masalah tersebut sebelum ia bermula adalah cara yang terbaik. Antaranya:

  1. Cuci muka anda dua kali sehari dengan air suam menggunakan pembersih muka yang lembut . Lembut bermaksud pembersih ini dapat membersihkan kulit anda tanpa mengeringkan kulit anda.
  2. Jangan gunakan kain lap atau gosok muka anda dengan keras . Jerawat anda akan lebih teruk jika anda berbuat demikian.
  3. Jikalau anda menggunakan alat solek , pastikan anda membersih muka anda dengan baik sehingga tiada kesan solekan pada muka anda. Bersihkan peralatan yang anda gunakan untuk solekan seperti berus muka dan mata.
  4. Basuh rambut anda dengan kerap . Rambut yang terlalu berminyak dapat memburukkan keadaan muka anda.
  5. Pastikan penyembur rambut anda dan gel rambut tidak kena pada wajah anda. Hal ini dapat menyekat pori-pori anda.
  6. Apabila membeli serum atau pelembap kulit muka , pastikan anda menggunakan produk yang bebas minyak dan ‘non-comedogenic’. Produk seperti tidak akan menyumbat liang-liang anda.

Selain itu, penggunaan pelembab muka yang sesuai untuk anda juga sangan penting untuk mengatasi masalah kulit kering anda.

Jawapan di atas hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengatasi masalah jerawat anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

AdobeStock_80570762

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)