Sulit
3 tahun
Muka sebelah kanan terasa kebas , selalu berlaku , apa yg perlu saya lakukan ? Apa yg saya perlu elakkan?
Assalamualaikum encik , saya gadis berumur 19 tahun nak tnya sikit ttg wajah seblah kanan saya ni trasa kebas , kdg2 mata pun berair … muka tak jatuh , boleh bergerak sprti biasa tapi terasa mati rasa dan kebas … apa yang prlu saya buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah ini disebabkan oleh kerosakan saraf atau saraf tidak lagi berfungsi. Ianya boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti:
Multiple sclerosis
Trauma/kecederaan
Tumor/ketumbuhan
Neuropathy
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, sebab sebenar masalah anda haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.