Sulit
3 tahun
Mulut saya ada sesuatu
Hello. nak tnya bibir bawah saya ada bijid sebelah dalam belah kanan. tak sakit tapi dah lama da, tak hilang lagi… macam ada isi naik macam tu
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tetapi masalah anda perlu diperiksa secara teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat di klinik berdekatan. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan biji dalam mulut seperti:
- Ketuat
- Jangkitan kulat
- Cyst
- Leukoplakia
- Kanser mulut
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.