maswanisuradi
6 tahun
Muntah selepas 4 jam makan pil marvelon
Kebiasaanya saya makan pil marvelon pada jam 8 malam dan itu yang saya lakukan malam ini. Oleh kerana demam, tekak saya sedikit loya dan muntah pada jam 1215 tengah malam. Perlukah saya memakan pil sekali lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, Sekiranya anda muntah dalam masa dua jam mengambil pil, anda perlu mengambil pil lain sebaik sahaja anda sihat dan sudah tidak muntah. Kemudian ambil pil seterusnya pada waktu biasa anda iaitu (jam 8 malam).
Jika anda terus sakit, atau jika anda mengalami cirit-birit atau muntah yang sangat teruk selama lebih dari 24 jam, ini boleh membuat pil anda kurang berkesan. Penyerapan mungkin tidak lengkap dan langkah-langkah kontraseptif tambahan perlu diambil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































