Sulit
3 tahun
Muscle twicthing dekat area tangan
Saya berumur 29 thn…saya ad mengalami muscle twicyhing dekat area sisi tangan…tp dia berlaku dlm masa lebih semggu …tp dengan kadar yg jarang…mksdnya dlm 1 haridia akan jadi 1-5saat…ada masa2 bukan setiap masa…itu sangat mengganggu &annoying sangat adakah itu bahaya?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah “muscle twitching” boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan otot berlebihan
- Tidak cukup tidur
- Penggunaan kafein
- Kekurangan calcium/ magnesium
- Kekurangan vitamin D
- Dehidrasi
- Stress/ depresi/ kegelisahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.