Sulit
4 tahun
Nadi dibahagian perut
seperti yang doktor terang kan sebelum ni di laman web ni pasal nadi diperut…adakah penyakit ni satu yg serius…saya sudah membuat autrasound n kamera…tak ada apa yg serius…tapi nadi tu stay ad…saya ase tegang di perut n sakit2 belakng…sama seperti yang doktor pernah terang kan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah salur darah di perut membengkak (abdominal aorta)
- masalah hati membengkak
- normal jika anda terlalu kurus
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan menjalani pemeriksaan seperti ultrasound imbasan dan kamera serta keputusannya adalah normal, maka tiada yang perlu anda risaukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.