
Sulit
4 tahun
Nafas bayi berbunyi berpanjangan. Adakah dia asma, atau ada masalah lain, atau benda itu normal?
Saya ibu kepada 3 orang anak. Anak saya baru dilahirkan bulan January tahun ini. Selepas bersalin, anak saya masuk nicu. Doc kata anak saya ada masalah untuk bernafas. Nafas laju dan berbunyi. Selepas 12 hari pemantauan, doc bagi dia balik. And dia punya nafas berbunyi seperti ada kahak. Sampai sekarang. Pergi appoiment doc bulan lepas, dia kata normal. But, adakah normal? Sebab dia masih bernafas berbunyi seperti ada kahak yang kuat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Umumnya bunyi saat bernafas bernafas dan seolah-olah berdengkur boleh tergolong dalam variasi normal (seperti ang telah disampaikan pada temu janji anda sebelum ini), namun ia juga boleh menandakan gangguan yang berpunca dari:
- kelainan struktur saluran pernafasan (i.e. laryngomalacia)
- jangkitan kuman (i.e. adenoid, tonsilitis etc.)
- kelainan paru-paru (i.e. asma)
- dan lain-lain
Inginkan second opinion daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Justeru, untuk mengetahui sekiranya benar-benar terdapat masalah pada bayi anda, si kecil tetap perlu mendapatkan pemeriksaan yang lebih komprehensif di klinik atau hospital yang lebih pakar terlebih dahulu.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).