Sulit
3 tahun
Nafas laju dan perut megedik
Assalamualaikum saya wanita dalam umur 16 perut saya selalu sakit belah kanan dan selalu nafas saya laju sampai kan kantil wad kecemasan bergerak laju smlai skrg sy blm xthy penyakit ap.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda terhadap gejala yang anda sedang alami. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Untuk maklumat anda, terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh mendapat nafas laju (dan juga boleh mengalami sesak nafas):
- Radang paru-paru
- Alahan
- Serangan asma
- Bronkiektasis
- Serangan jantung
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan am kami memandangkan kami memerlukan lebih banyak maklumat dari anda dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.