
Anonymous
5 tahun
Nafas pendek (mungkin)
Saya seorang wanita belia yang berusia 20 tahun. Saya mengalami masalah nafas pendek di mana saya berasa tercungap-cungap selepas menjalani aktiviti fizikal atau apa-apa aktiviti berat. Saya juga mengalami kesukaran untuk bernafas terutama pada waktu malam dan dalam bilik atau kereta yang berhawa dingin. Saya juga mengalami sakit dada dan merasa bahawa degupan jantung saya adalah agak laju berbanding orang lain. Adakah masalah kesihatan saya mempunyai kaitan dengan masalah jantung atau paru-paru?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi situasi yang membahyakan. Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangi keparahan gejala adalah:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan seperti sejuk
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.