
Sulit
5 tahun
Nafas semput dada sakit
hi doktor,sy nk tya,kebelangan ni,sya ada masalah terasa sakit bagian paru parad kala bahagian dada kanan,rasa macam nyeri,perut terasa penuh.walaupun mkn sikit,nafas jadi semput,apakah masalah yg saya hadapi ya?sy tidak merokok.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih lanjut, maklumat terperinci diperlukan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.