Sulit
2 tahun
Naik biji atas lelangit
Saya nak tanya, dah kerap saya rasa sakit ni, bila badan saya panas sikit lelangit atas mulut ni akan naik biji then makin besar and sakit seluruh mulut, tunggu pecah sendiri, keluar air masin baru hilang sakit tu, tp akan berulang lagi dan lagi, boleh terangkan tak ape punca dia
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai gejala biji pada lelangit mulut dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Cyst
- Ulser mulut
- Mucocele
- Jangkitan herpes
Namun jika gejala ini tidak dapat pulih dengan sendiri, ia boleh menandakan perkara yang lebih serius.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.