Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Najis anak kecil berwarna hitam

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 29, 2020 1:32 PM

Sulit 36 hari

Hai doktor, anak saya berumur 3 thun 5 bulan, bila buang air besar najis dia berwarna hitam. Dia tidak mengambil sebarang jenis ubat. Normalkah macam tu? Apa yang perlu saya lakukan?Terima kasih

Dr Ramzdhan 36 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anak anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:

  • Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo, coklat dan sebagainya
  • Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
  • Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan

Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 29 2020 13:32:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sembelit tahi lembik Hai . Saya berusia 23 tahun . Sekarang saya sedang mengandung . Sebelum kahwin saya memang selalu mengalami sembelit sukar membuang air beras tahi kera s. Dan skarang masih sama . Cuma najis say… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Perut memulas sakit sekali tp air besar keluar sedikit saja Nenek saya 74tahun, setelah beberapa hari dalam 4 hri tidak membuang air besar, perut dia memulas atau terasa amat sakit untuk mengeluarkan air besar, air besar keluar tapi sedikit saja dlm bent… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi lagi Saya dlm setahun lebih nie saya kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi membuang lagi . Suka keluar lendir banyak juga . Kenapa yaa doktor Baca lagi...
51 hari
Sulit
Berak berdarah selama 1 minggu Saya ingin bertanya untuk pencerahan dari persoalan saya ini, Saya Wan berumur 30 tahun, saya sudah hampir 1 minggu berak berdarah, berat badan saya lebih kurang 110 kg. Tetapi saya macam rasa … Baca lagi...
3 bulan
hazimpro.yaccob20
Najis bewarna hitam dan keras, tanoa seberang simtom yang pelik Saya lelaki berumur 20 tahun, tiada rikod penyakit serious, kebelakangan ni saya sering mendapati pembuangan air besar saya bermasalah, saya sering mengambil “bikunis” untuk untuk membuang air besar, … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi