Anonymous
4 tahun
Najis bayi berwarna kuning dengan tompokan hitam
Saya mempunyai seorang bayi perempuan berusia 2 bulan 2 minggu. Bayi saya menyusu badan dan juga susu formula kerana saya perlu bekerja diluar kawasan. Bayi saya menyusu botol kerana saya ada masalah puting tidak timbul. Dalam 1 hari 3-4 kali (2oz) sahaja susu formula saya beri padanya. Selebihnya susu badan. Masalah saya ialah. Najis bayi saya berwarna kuning dan mempunyai tompokan hitam dan juga berlendir. Soalan saya adakah normal najis bayi begitu. Dan apakah tindakan yang perlu saya lakukakan. Serta perlukah saya bawa bayi saya ke hospital berdekatan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard (kekuningan) dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning