
Sulit
3 tahun
Najis bayi warna hijau lendir
Saya sebagai ibu agak bimbang dengan najis anak dokter boleh jelaskan apakah najis bayi hijau lendir normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh bayi anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya. Oleh itu, ia adalah normal jika najis bayi anda berwarna hijau.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor