
cheritachucks
5 tahun
Najis Bercampur Lendir Putih/Kuning
Assalamualakum dan Salam Sejahtera Dr.
Saya mengalami sakit perut kiri dan kanan. Apabila saya membuang air besar, saya dapati najis saya berbau tengik dan berlendir. Saya mengambil ubat yg diberikan Dr iaitu Pantoprazole 40mg. Selain itu juga, saya ada mengambil probiotik Lacto-5 bersama pisang dan buah-buahan lain. Adakah lendir yang bercampur dengan najis saya disebabkan pisang dan probiotik yang saya amalkan ini?
Mohon pencerahan Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Sebelum mengambil ubat probiotik anda disarankan untuk merujuk masalah anda kepada pakar gastroenterology untuk konsultasi dan pengubatan lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.