
Sulit
3 tahun
Najis berwarna hijau ketika hamil
Salam doktor, saya ingin bertanya isteri saya sekarang hamil 5 bulan lebih. Isteri saya sekarang bila membuang air besar berwarna hijau, adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, isteri anda mengalami masalah najis berwarna hijau dan sedang hamil 5 bulan. Anda ingin mengetahui adakah mengeluarkan najis berwarna hijau ketika sedang hamil normal ? Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk
- Penggunaan suplemen atau herba tertentu
- pigmen yang terdapat pada makanan - antaranya, sayur-sayuran hijau
- kandungan lemak yang tinggi dalam makanan
- Pewarna makanan hijau, seperti minuman campuran atau aiskrim
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lebih serius serta memerlukan rawatan segera seperti:
- Kesan sampingan dari beberapa jenis ubat-ubatan
- Gangguan saluran hempedu atau organ hati
- Jangkitan virus atau bakteria
- Pigmen hempedu
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar bantuan selanjutnya dapat diberikan .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist.