
biebell_00
5 tahun
Najis lendir bercampur sedikit darah
Sy wanita 32 mengalami masalah angin dalam
badan dan penghadaman. Apabila membuang air besar terdapat lendir bercampur sedikit darah. Apabila berlaku masalah angin ini, nadi sy akan meningkat. Jantung lanu. Dada menjadi sesak. Perut pedih. Sering sendawa. Kurang kentut. Berasa pening kepala. Saya sgt risau hingga berlaku anxiety. Sy telah berjumpa dgn Dr. Ttp dr hanya memberitahu bahawa sy hanya gastrik. Ini sgt merisaukan saya. Simptom tidak berkurang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ulser perut atau sistem penghadaman yang berdarah
- Buasir
- Anal Fissure
- Angin pasang (Hernia)
Jika anda berdarah dengan banyak, anda berkemungkinan untuk mengalami masalah kurang darah. Masalah ini akan menyebabkan gejala seperti penat badan, sesak nafas, jantung berdebar dan sebagainya.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.