wanifaiz18
4 tahun
Najis warna hitam dan hijau terang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…saya Norhayati dari Sabah umur saya 28 tahun ibu kepada dua orang cahaya mata…
Masalah saya ialah membuat saya rasa bimbang tentang anak saya yg berumur 3tahun 8bulan…yg bernama Siti Syazwani…
Semalam anak saya buang air besar tetapi warna najis anak saya hitam kecoklatan dan ada warna hijau terang…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berwarna hitam bercampur warna hijau boleh disebabkan:
- Lebih sayuran dalam pemakanan
- Pigmen cecair hempedu
- Kesan ubat-ubatan seperti antibiotik
- Parasit atau bakteria seperti Salmonella
Sekiranya anak anda mengalami gejala tambahan seperti sakit perut, demam, muntah serta kekuningan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.