Sulit
2 tahun
Nak cuci kandungan kerana masalah kesihatan, tetapi tidak tahu cara yg betul
Saya telah berkahwin selama 11tahun dan mempunyai 4 anak… Ank yg bongsu berumur 1thn 3bulan…dan sy telah dapati diri sy hamil selepas buat pregnancy test. Sy nk cuci kandungan disebabkn masalah kesihatan (darah tinggi) dan masalah wang. Bagaimana boleh sy cuci dan dimana? Tolong sy… Sy sangat2 sedih dengan kehamilan ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, gugur kandungan adalah salah di sisi undang-undang kecuali jika kehamilan tersebut boleh membahayakan nyawa ibu. Kami memahami masalah yang anda hadapi dan kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor bertauliah yang boleh membantu anda.
Kami berharap anda tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mengugurkan kandungan anda dengan membuat perkara-perkara tertentu atau dengan mengunjungi klinik yang tidak sah kerana ini boleh membawa kesan yang buruk kepada anda. Terdapat banyak persatuan NGO yang boleh membantu anda dari segi kewangan.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.