
Sulit
4 tahun
Nak tahu sama ada boleh hamil atau tidak
Saya telah berkahwin. Tapi nak merancang anak saya telah memasukkan alat sulit saya didalam alat sulit isteri menggunakan kondom tapi saya melakukan pada hari ke 5 period sebab darah sudah tiada. Tapi selepas bersama darah period kembali keluar. bolehkah dia hamil dan bagaimana cara untuk mengelakkan hamil selepas daripada 6 hari setelah melakukan seks? Harap jawapan doktor membantu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, potensi kehamilan adalah tinggi pada hari ke-14 dalam kitaran haid. Tetapi prinsip ini boleh digunakan sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid selama 28 hari dan tidak mengambil sebarang bentuk perancang. Oleh itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid isteri anda perlu diketahui.
Selain itu, sperma boleh bertahan selama beberapa hari di dalam rahim wanita, sekiranya hubungan seksual dilakukan semasa tempoh ovulasi, potensi untuk kehamilan berlaku adalah tinggi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda menggunakan kondom, risiko kehamilan dapat dikurangkan dengan banyak. Anda boleh mengelakkan kehamilan daripada berlaku dengan menggunakan cara ini:
- Menggunakan pelindung seperti kondom
- Melakukan hubungan seksual di luar tempoh subur atau ovulasi pasangan anda
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Isteri anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid beliau supaya ia boleh menjadi rujukannya dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.