
Sulit
4 tahun
Nak tanye…sy masalah jerawat dkt hidung…ia amat menyakitkn
Sy nak tanye…sy ada masalah jerawat kt hidung…ia amat menyakit kn…kadang ia sakit hingga kepala…ape yg perlu sy laku kn…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Genetik
- hormon tidak seimbang
- penggunaan produk pencuci yang tidak bersesuaian
Kebiasaannya jerawat tidak menyebabkan sakit kepala. Masalah sakit kepala boleh disebabkan perkara berikut:
- migraine
- tertekan
- sakit kepala berkelompok (cluster headache)
- radang sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.