
Sulit
3 tahun
Nanah di tempat alergik
Saya wanita 24 tahun. Saya ada alergik sentuhan menurut doktor di klinik yang telah saya pergi. Saya nak tahu kenapa tempat allergik saya bernanah? Sebelum ni alergik biasa sahaja.
Ni kali 3 saya rasa ada nanah. Yang pertama ketika kecil. Kedua ketika tingkatan 6. Ketiga waktu sekarang. Waktu beli ubat di farmasi, ayah saya tunjuk gambar nanah pada kaki saya, menurut orang farmasi kudis buta. Saya sapu pada tempat alergik tak membaik. Dah hampir dua minggu tangan dan kaki saya begini.
Ubat apa yang perlu saya beli? Makanan apa yang perlu saya hindari agar nanah saya berkurang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan supaya puncanya diketahui. Berikut antara sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Cacar air atau chicken pox
- Skabies
- Bullous phemphigoid
- Bullous impetigo
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersbut. Kami cadangkan supaya anda pergi ke klinik berdekatan untuk diperiksa oleh doktor atau berjumpa dengan doktor pakar sekiranya masalah ini berlarutan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan spesifik dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan konsultasi berkenaan masalah anda daripada doktor kami. Terima kasih.