nadhiahharmain
4 tahun
Neurogain for baby. Which one is better?
Hi doctor. Boleh sy tahu sekiranya sy sedang consume Neurogain, perlukah sy consume folic acid juga? Which one is better, neurogain or obimin?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, keduanya-duanya adalah suplemen untuk ibu hamil. Apa yang wajib diambil ibu hamil adalah ‘follic acid’. Anda boleh mengambil obimin atau neurogain, cuma pastikan neurogain yang anda ambil mengandungi cukup kandungan ‘follic acid’. Neurogain terdapat beberapa jenis, pastikan yang anda ambil itu mengandungi asid folik yang cukup seperti disarankan doktor yang memantau kehamilan anda.
Obimin adalah suplemen yang sering kali diberikan hospital kepada ibu-ibu hamil. Secara amnya, obimin sudah mencukupi untuk ibu-ibu hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.