
Anonymous
6 tahun
Ngilu bahagian dugal hati
Saya wanita yg berusia 37 tahun…Sejak 4/4/2019 jam 05:00 pagi, saya mula rasa bisa/sakit yg teramat sangat d bahagian ulu hati…tapi rasa sakitnya sekejap datang, sekejap hilang…pd hari yg sama saya sudah pergi ke Klinik swasta utk mdptkan rawatan…doktor mengatakan bahawa saya sudah tersalah makan krn sjak dr awal pg sy sdh mula rs skt, mual, sendawa n ceret beret…doktor sdh bagi sy inject n ubat2…tapi sehingga k hari ini saya msh ceret beret…yg tkejutnya hr ni sy buang air besar bsama adanya najis beku kecil2…blh dktr jelaskan mslh apa sbenarnya yg sy hadapi…
sekian, terima kasih dktr…

6 tahun
Hai, terima kasih kerana sudi berkongsi masalah anda dengan kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda lebih berkemungkinan menghidap radang perut dan usus atau gastroenteritis. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih