Sulit
4 tahun
Nilai CT Value Tinggi Covid-19 (Apakah yang dimaksudkan dengan pengambilan sampel yang kurang sesuai dengan CT value yang tinggi)
Dr, saya mahu bertanya, saya ada membaca dari lamn web MOH tentang CT Value COVID-19 tinggi, keberangkaliannya adalah pengambilan sampel yang kurang sesuai, apakah yang dimaksudkan dengan pengambilan sampel yang kurang dan bagaimana kita mahu mengetahui jika suhu penyimpanan sampel tersebut, di dalam salinan swab test result menunjukan “in ice”. Boleh dr jelaskan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, CT value tinggi dan melebihi 40 maksudnya jumlah virus dalam badan adalah rendah ataupun keputusan ujian tersebut adalah positif palsu, false positif, sebab sampel yang dikutip kurang sesuai. Sekiranya sesiapa mempunyai keputusan ujian, CT rendah daripada 40, ini adalah kes positif.
Selain itu, kadangnya mengikut ujian yang dijalani, sampel yang dikutip perlu simpan dalam suhu yang sesuai untuk memastikan keputusan ujian adalah tepat. Contohnya, sampel dikutip untuk covid swab test perlu disimpan dalam kotak ice, ice box untuk memastikan sampel tersebut tidak terganggu sehingga sampai ke makmal. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesan kejadian keputusan ujian positif palsu.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.





































