Sulit
5 tahun
Nipple asyik tegang dan terasa sakit bila disentuh
hi dr… saya wantita berusia 25 tahun sudah berkahwin… masalah saya ialah nipple saya kerap tegang dan sakit apabila di sentuh… benda ni terjadi sudah hampir seminggu… kadang kala keliling breast saya sakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Memakai pakaian dalaman atau baju yang ketat
Tanda awal hamil
Jankitan kuman
Barah payu dara
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































