noorelizaherman
4 tahun
Normal atau cirit birit
Anak sy berumur 3bulan kerap berak lebih dari 5 kali shari. Adakah ia normal?atau cirit birit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bilangan tersebut bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya anak anda memang membuang air besar 4 kali sehari, hal ini boleh menjadi normal. Jika anak anda membuang air besar sebanyak 2 kali dan tiba-tiba anak anda buang air sebanyak 7/8 kali secara mendadak hal ini berkemungkinan mempunyai masalah. Jika anak anda memiliki gejala seperti kurang menyusu, berubah personaliti atau tidak aktif, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.