
Sulit
4 tahun
Normal heart beats semasa tidur
Hai dr…sye berumur 32 tahun lelaki…berapakah normal heart beat semasa tidur…average heart best saya semasa tidur adalah 45bpm…saya tidak betapa aktif, tidak merokok, obese ( tinggi 178 berat 113kg ) dan sekarang sedang on simvastatin 10mg…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kadar degupan jantung sewaktu tidur adalah dalam lingkungan 40-50 bpm. Namun begitu, ia boleh berubah bergantung pada penyakit seperti tekanan darah tinggi.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.