Anonymous
6 tahun
Normal ke darah period sedikit
Hai Doctor…Saya nak dapatkan info sebab dah 2 bulan saya period tp darah yang keluar x banyak dan warna coklat…macam bulan lepas hari ke2 darah period banyak,then hari ke3 sampai ke6 brown spot jer…dah 2 bulan hal ni terjadi…skg sy dalam process TTC selepas 2 tahun berkahwin & belum ada zuriat lagi…Mohon pencerahan dari doctor…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, darah haid bagi wanita biasanya adalah dalam tempoh 2-7 hari. Sememangnya bagi kebanyakan wanita darah banyak keluar pada 2-3 hari pertama dan kemudian berkurangan. Namun begitu, sekiranya sebelum ini haid anda mempunyai pola berlainan, ia mungkin berubah disebabkan oleh pelbagai faktor dan biasanya dipengaruhi oleh hormon dalam tubuh anda, antara penyebab haid yang sedikit adalah:
- Stress
- Penurunan berat badan yang banyak
- Kitaran dan tempoh haid boleh berubah dalam sepanjang hidup wanita dan ia adalah normal
- Masalah ovulasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























