Sulit
2 tahun
Normal ke selepas makan Postinor 2 dlam 4 hari keluar darah?
Maaf bertanya, sy dn pasangn sy telah mlakukan seks pada tarikh 11 April lalu, dan pasangn sy telah pn makan pil pertama pada pkl 2petang dan pil kedua 2pagi pada tarikh 12 april. Dalam hari ke 4, hari ini, tarikh 16 April, darah keluar waktu 12.30pm.adakah normal kesan ubat tersebut??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat ini biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Kesan samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih